- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3257-09
Bandingkan
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5 bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya, pemeriksaan alat-alat pembakaran bahan api, loji pengolahan efluen dan kawalan pencemaran alam sekitar.
Tugasan
Menjalankan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi penguatkuasaan punca-punca bergerak.
Membantu menjalankan pemeriksaan dan siasatan penguatkuasaan ke atas premis ditetapkan, premis bukan ditetapkan dan lain-lain punca pencemaran.
Membantu menyediakan jadual kerja dan program pengawasan bulanan serta tahunan bagi kerja-kerja pengawasan kualiti alam sekeliling dan buangan terjadual.
Membantu menyediakan tindakan susulan siasatan termasuk laporan siasatan, nota makluman, surat arahan/ field citation, notis arahan, tawaran kompaun, syor perintah larangan, syor gantung lesen dan kertas siasatan.
Membantu menjalankan siasatan aduan-aduan yang diterima dan menyediakan keperluan peralatan bagi menjalankan kerja-kerja pengawasan mengikut stesen yang ditetapkan.
Menjalankan kerja-kerja pengawasan kualiti alam sekeliling (air marin, bunyi bising, udara, air tanah dan lain-lain) bersama juruteknik.
Memantau pelaksanaan pengawasan kualiti alam sekeliling oleh ASMA, mengemaskinikan data yang diperolehi dan menjalankan tugas di Bilik Kawalan.
Membantu menyelaras seminar, bengkel, dialog, Kem Kesedaran Alam Sekitar serta aktiviti sebaran maklumat seperti kempen kesedaran, pameran dan ceramah.
Menjalankan kerja-kerja rondaan operasi pembakaran terbuka (hotspot) dan kes-kes kecemasan/ bencana.
Menjalankan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi penguatkuasaan punca-punca bergerak.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam bidang komputer.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi khidmat nasihat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3257-01
Pemeriksa Unit Kesihatan Awam
3257-02
Pemeriksa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
3257-03
Pemeriksa Kualiti Produk
3257-04
Pemeriksa Air
3257-05
Pemeriksa Keselamatan Lombong
3257-06
Pemeriksa Lombong
3257-07
Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5
3257-08
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
3257-09
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.