Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3258
Bandingkan
Pembantu Ambulans
Pembantu Ambulans menyediakan penjagaan kesihatan kecemasan kepada pesakit yang cedera, sakit dan lemah dari segi fizikal atau mental yang terjejas sebelum dan semasa pengangkutan ke pusat perubatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi penjagaan dan rawatan yang sesuai bagi menyelamatkan nyawa pesakit, mencegah keadaan pesakit daripada bertambah buruk dan membantu memulihkan pesakit.
Menilai tahap kesihatan mereka yang terlibat dalam kemalangan, bencana alam dan situasi kecemasan yang lain, dan menentukan keperluan untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Melaksanakan prosedur perubatan dan pemberian ubat-ubatan dan terapi lain mengikut prosedur rawatan perubatan kecemasan, termasuk resuscitating dan defibrillating kepada pesakit dan mengendalikan peralatan sokongan hidup.
Memantau perubahan tahap kesihatan pesakit semasa pengangkutan dari pusat perubatan, pusat pemulihan dan lain-lain pusat penjagaan kesihatan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.