Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3251
Bandingkan
Pembantu Pergigian dan Ahli Terapi
Pembantu Pergigian dan Ahli Terapi menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan pergigian, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor pergigian, dan mereka membantu doktor pergigian menyediakan serta menjaga peralatan dan kelengkapan pergigian, menyediakan bahan, dan membantu pesakit agar bersedia untuk diperiksa atau dirawat.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah dan pameran kempen kesihatan.
Memberi nasihat kepada masyarakat dan individu berkenaan kebersihan pergigian, diet dan langkah pencegahan pergigian yang lain.
Menjalankan pemeriksaan pergigian untuk membuat diagnosis dan merujuk kes yang lebih rumit kepada doktor pergigian apabila perlu.
Menyediakan dan menjaga peralatan dan kelengkapan pergigian.
Menyediakan bahan pergigian.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.