Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3257-05
Bandingkan
Pemeriksa Keselamatan Lombong menyelia dan menguatkuasakan piawaian keselamatan dalam operasi perlombongan untuk melindungi pekerja dan alam sekitar. Mereka menjalankan pemeriksaan, mengenal pasti bahaya, memantau pematuhan peraturan dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan. Peranan mereka juga termasuk melaporkan insiden, menganalisis data kemalangan, menilai risiko dan mengesyorkan penambahbaikan kepada amalan keselamatan tempat kerja.
Tajuk Alternatif
Pegawai Kesihatan
Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE)
Pakar HSE
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan dan audit keselamatan di tapak perlombongan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan.
Mengenal pasti potensi bahaya dan mencadangkan langkah kawalan yang sesuai untuk mengurangkan risiko.
Mengesahkan pematuhan terhadap Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA 1994) dan peraturan keselamatan perlombongan yang berkaitan.
Memberi nasihat kepada majikan, pekerja dan pihak berkepentingan mengenai peraturan keselamatan dan amalan kerja selamat.
Menyemak dan memantau polisi serta prosedur keselamatan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan peraturan.
Menyelaras dan menyampaikan latihan keselamatan serta taklimat toolbox kepada pekerja.
Menyiasat kemalangan dan insiden untuk menentukan punca utama serta mencadangkan langkah pencegahan.
Menyediakan laporan keselamatan dan menyelenggara dokumentasi pemeriksaan serta pematuhan yang tepat.
Memeriksa persekitaran kerja, jentera dan peralatan bagi memastikan pematuhan peraturan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menjalankan pemeriksaan dan penilaian risiko yang menyeluruh.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah.
Kemahiran dalam penulisan laporan dan dokumentasi.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan.
Pemahaman yang kukuh tentang peraturan dan piawaian keselamatan.
Khusus
Kecekapan dalam penggunaan alat pemeriksaan keselamatan dan perisian pemantauan pematuhan.
Keupayaan menyelaras dan menyampaikan program latihan keselamatan kepada pekerja.
Kompetensi dalam Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control (HIRARC) dalam persekitaran perlombongan.
Kompetensi dalam perekodan data keselamatan, dokumentasi dan pengurusan rekod pematuhan.
Kompetensi dalam siasatan insiden dan teknik analisis punca masalah.
Pengetahuan mengenai prosedur Job Safety Analysis (JSA) dan penggunaannya dalam operasi perlombongan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.