Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3253
Bandingkan
Pekerja Kesihatan Masyarakat
Pekerja Kesihatan Masyarakat menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, tugas pencegahan dan rawatan perubatan, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor perubatan. Mereka memberikan sokongan dan bantuan kepada individu dan keluarga dalam meneraju sistem perkhidmatan kesihatan dan sosial.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyediakan maklumat kepada keluarga dan masyarakat mengenai pelbagai isu-isu kesihatan termasuk pemakanan, kebersihan, penjagaan bayi dan kanak-kanak, imunisasi, perancangan keluarga, faktor-faktor risiko dan pencegahan biasa, penyakit berjangkit, pencegahan keracunan, first aid untuk rawatan penyakit yang mudah dan biasa, kes penderaan, keganasan rumah tangga, dan topik lain.
Memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang kesihatan, diet, dan langkah perubatan pencegahan yang lain.
Menjalankan pemeriksaan perubatan untuk membuat diagnosis penyakit dan/ atau merujuk kes yang lebih sukar kepada doktor perubatan apabila perlu.
Mengedarkan kepada isi rumah bekalan perubatan untuk mencegah dan merawat penyakit endemik seperti malaria, pneumonia dan penyakit cirit-birit.
Melawat keluarga di rumah mereka untuk menyediakan maklumat mengenai kesihatan, perkhidmatan sosial dan lain-lain perkhidmatan.
Menentukan ubat dan memberi rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang telah didiagnosis.
Mengumpul data isi rumah dan komuniti untuk tujuan pemantauan dan rujukan pesakit, dan membuat laporan untuk memenuhi peraturan-peraturan kesihatan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.