Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3256
Bandingkan
Pembantu Perubatan
Pembantu Perubatan melaksanakan tugas-tugas asas klinikal dan pentadbiran untuk membantu dalam penjagaan pesakit di bawah pengawasan terus pengamal perubatan atau lain-lain profesional kesihatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang kesihatan, diet, dan langkah perubatan pencegahan yang lain.
Menjalankan pemeriksaan perubatan untuk membuat diagnosis penyakit dan/ atau merujuk kes yang lebih sukar kepada doktor perubatan apabila perlu.
Menentukan ubat dan memberi rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang telah didiagnosis.
Menjalankan operasi pembedahan yang mudah.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.