Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3257
Bandingkan
Pemeriksa Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran dan Bersekutu
Pemeriksa Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran dan Bersekutu menyiasat undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan faktor persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia, keselamatan di tempat kerja, dan proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi nasihat kepada wakil majikan dan pekerja tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan dan peraturan lain berhubung dengan keselamatan pekerjaan dan persekitaran kerja.
Memeriksa tempat kerja untuk memastikan persekitaran kerja, jentera, dan kelengkapan mematuhi kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan-peraturan yang berkaitan.
Memeriksa tempat pengeluaran, pemprosesan, pengangkutan, pengendalian, penyimpanan dan jualan produk untuk memastikan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain dipatuhi.
Memeriksa produk atau komponen siap untuk memastikan pematuhan spesifikasi dan standard pengilang.
Memberi nasihat kepada pengusaha dan orang awam tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain berhubung dengan kebersihan, sanitasi, ketulenan, dan penggredan produk utama, makanan, ubatan, kosmetik, dan barangan yang seumpamanya.
Memberi nasihat kepada pengeluar, operator, dan mereka yang menyelenggara dan membaik pulih pesawat, kereta, dan kenderaan lain tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain berkenaan dengan standard teknikal dan keadaan kenderaan.
Memeriksa kenderaan dan tempat yang dibenarkan bagi menyelenggara dan membaiki kenderaan untuk memastikan standard dan peraturan kerajaan serta peraturan lain dipatuhi.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.