Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3143-05
Bandingkan
Pembantu Hidupan Liar Gred G1 melaksanakan aktiviti Konservasi Hidupan Liar, melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686], Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Pahang, No. 2 1939, Enakmen Taman Negara Terengganu, No.6 1939, Enakmen Taman Negara Kelantan No.14 1938, menjalankan program latihan, kesedaran awam dan pembangunan modal insan.
Tugasan
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta dan Enakmen berkaitan;.
Menjalankan risikan, rondaan, penggeledahan dan pemeriksaan di premis perniagaan, kediaman dan pintu masuk sempadan negara mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686];.
Memproses pengeluaran lessen dan permit berkaitan dengan hidupan liar di kaunter Jabatan;.
Menjalankan pengurusan konflik hidupan liar melalui kaedah bersesuaian seperti memberi khidmat nasihat, pemasangan perangkap, tembak halau, tangkap pindah dan tembak mati;.
Menjaga kebajikan hidupan liar di Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Jabata; dan.
Membantu menjalankan program kesedaran awam, kursus-kursus Jabatan dan Program Transformasi Minda (PTM) .
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia.
Boleh membaca dan menulis.
Khusus
Berupaya melakukan operasi penguatkuasaan.
Mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk bermalam di dalam hutan.
Mempunyai minat dan pengetahuan terhadap hidupan liar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.