Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3143
Bandingkan
Juruteknik Perhutanan
Juruteknik Perhutanan menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan perhutanan dan pengurusan hutan, penuaian, pemuliharaan sumber dan perlindungan alam sekitar.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan inventori hutan, kaji selidik dan ukuran lapangan mengikut prosedur saintifik operasi yang dibolehkan.
Membantu dan melaksanakan tugas-tugas teknikal dalam pengurusan hutan dan rancangan penuaian menggunakan teknik fotogrametri dan pemetaan serta sistem maklumat berkomputer.
Menyedia dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, pengujian, dan analisis.
Membantu dan menjalankan uji kaji, pengujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal.
Menganalisis sampel bijih benih bagi menentukan perkadaran kualiti, ketulenan, dan percambahan.
Mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek.
Mengawalselia kerja-kerja pembangunan hutan, operasi, penguatkuasaan kilang, pencerobohan hutan rekreasi dan kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
Bertanggungjawab mengajar pelatih cara-cara pengendalian dan menyelenggara jentera berat dalam pembalakan, teknik membina jalan-jalan balak dan menarik balak dari hutan.
Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.