- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3141
Juruteknik Sains Hayat (Tidak Termasuk Perubatan)
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3141
Bandingkan
Juruteknik Sains Hayat (Tidak Termasuk Perubatan)
Juruteknik Sains Hayat (Tidak Termasuk Perubatan) memberikan sokongan teknikal kepada profesional sains hayat yang menjalankan penyelidikan, analisis, dan pengujian organisma hidup, serta pembangunan dan aplikasi produk dan proses yang dihasilkan daripada penyelidikan dalam bidang seperti pertanian, pengurusan sumber semula jadi, perlindungan alam sekitar, biologi tumbuhan dan haiwan, mikrobiologi, serta biologi sel dan molekul.
Tugasan
Membantu mereka bentuk, membuat persiapan, dan menjalankan uji kaji.
Menetapkan, menentukur, mengendalikan, serta menyelenggara instrumen dan kelengkapan makmal.
Mengumpul dan menyediakan spesimen dan sampel, larutan kimia dan slaid, serta membiakkan kultur untuk digunakan dalam uji kaji.
Menjalankan pengujian lapangan dan makmal yang rutin.
Memantau uji kaji untuk memastikan pematuhan bagi memperbetulkan prosedur kawalan kualiti makmal, dan garis panduan kesihatan dan keselamatan.
Membuat pemerhatian terhadap pengujian, dan menganalisis, menghitung, merekod.
Melaporkan keputusan ujian dengan menggunakan kaedah saintifik yang sesuai.
Mengawet, mengelas, dan mengkatalog spesimen dan sampel.
Menyimpan log terperinci berkaitan kerja yang telah dilaksanakan.
Mengambil bahagian dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk dan proses.
Memesan dan menyimpan stok bekalan makmal.
Menyelenggara pangkalan data yang berkaitan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.