- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3143
Juruteknik Perhutanan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3143-04
Bandingkan
Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G5
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G5 menyelia dan melaksanakan aktiviti Konservasi Hidupan Liar, tugas penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686], Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Pahang, No. 2 1939, Enakmen Taman Negara Terengganu, No.6 1939, Enakmen Taman Negara Kelantan No.14 1938, menjalankan program latihan, kesedaran awam dan pembangunan modal insan.
Tugasan
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta dan Enakmen yang berkuat kuasa;.
Menjalankan risikan, rondaan, penggeledahan dan pemeriksaan di premis perniagaan, kediaman dan pintu masuk sempadan negara mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686];.
Bertanggungjawab sebagai Pegawai penyiasat (IO) Jabatan, melengkapkan kertas siasatan (IP) dan membantu Pegawai Pendakwa (PO) untuk sebutan atau perbicaraan kes di mahkamah;.
Memastikan pengeluaran lesen dan permit berkaitan dengan hidupan liar mematuhi syarat dan tatacara yang telah ditetapkan;.
Mengetuai operasi pengurusan aduan hidupan liar dengan mengambil tindakan melalui kaedah bersesuaian seperti memberi khidmat nasihat, pemasangan perangkap, tembak halau, tangkap pindah atau tembak mati;.
Membantu menyelia dan melaksanakan aktiviti pengurusan hidupan liar di Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Jabatan;.
Membantu penyeliaan program kesedaran awam, kursus-kursus Jabatan dan Program Transformasi Minda (PTM) dan bertindak sebagai fasilitator dan urus setia; dan.
Mengetuai tugas penguatkuasaan, pengurusan hidupan liar, pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan di peringkat daerah, Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pintu Masuk.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia.
Berkebolehan membuat keputusan dengan baik.
Khusus
Berupaya melakukan operasi penguatkuasaan.
Mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk bermalam di dalam hutan.
Mempunyai pengetahuan terhadap hidupan liar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.