- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3142
Juruteknik Pertanian dan Penternakan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3142
Bandingkan
Juruteknik Pertanian dan Penternakan
Juruteknik Pertanian dan Penternakan menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan agronomi dan penternakan. Mereka memberikan sokongan teknikal dan saintifik kepada profesional sains pertanian dan penternakan, petani dan penternak.
Tugasan
Menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai, mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan projek perladangan berkelompok.
Mengumpul dan menyediakan spesimen seperti tanah, sel-sel tumbuhan atau haiwan, tisu atau bahagian atau organ-organ haiwan untuk uji kaji, pengujian, dan analisis.
Menyedia dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, pengujian dan analisis.
Mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan mesin dan peralatan ladang.
Bertanggungjawab terhadap kualiti produk.
Membantu dan menjalankan uji kaji, pengujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan, dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal.
Menganalisis sampel bijih benih bagi menentukan kadar kualiti, ketulenan, dan percambahannya.
Mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek.
Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3142-01
Juruteknik Sains Tanah
3142-02
Juruteknik Hortikultur
3142-03
Juruteknik Pengairan
3142-04
Juruteknik Penternakan (Pengeluaran Haiwan)
3142-05
Penyelia Pengeluaran Ternakan Halal
3142-06
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
3142-07
Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G5
3142-08
Penyelia Rancangan Tanah Gred G1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.