Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3144
Bandingkan
Juruteknik Perikanan
Juruteknik Perikanan menjalankan tugas teknikal dan aplikasi hasil penyelidikan berkaitan aktiviti perikanan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyedia dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, pengujian, dan analisis.
Membantu dan menjalankan uji kaji, pengujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal.
Menganalisis sampel ikan untuk menentukan kualiti.
Mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek.
Menguruskan penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan penyelidikan.
Mengaplikasi pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.