Versi Lama
Carian Terkini
Tugasan
Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas dan arahan berhubung tugas-tugas pentadbiran di pejabat hutan daerah atau pejabat hutan negeri.
Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah dalam tugasan pewartaan kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan.
Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah dalam tugasan pemantauan dan pengawasan kawasan rizab hutan (hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan), kerja-kerja pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan serta penyediaan maklumat-maklumat perhutanan yang berkaitan.
Bertanggungjawab dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan iaitu Akta Perhutanan Negara 1984/ Sabah - Enakmen Hutan 1968, Peraturan Hutan 1969/ Sarawak - Ordinan Hutan 1958, Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Pegawai dikehendaki memastikan kriteria dan petunjuk untuk pensijilan pengurusan hutan di Malaysia dipatuhi sepenuhnya.
Pegawai di Jabatan Hutan Sarawak juga bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan taman negara, rizab semulajadi dan hidupan liar.
Pegawai boleh ditempatkan di pusat latihan perhutanan kerajaan sebagai tenaga pengajar/ pembantu pengajar bagi kursus-kursus perhutanan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Khusus
Berkebolehan menganalisa maklumat perhutanan.
Berkebolehan menulis laporan dan kertas kerja.
Berkemahiran dalam mengendalikan komputer.
Berpengetahuan mengenai flora dan fauna.
Berpengetahuan mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.