Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3142-08
Bandingkan
Penyelia Rancangan Tanah Gred G1 bertanggungjawab menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, kebersihan ladang, pembajakan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit.
Tugasan
Membantu dalam penyediaan data dan maklumat kebun untuk perancangan Program Kerja Tahunan Rancangan.
Menyelia kerja-kerja kontrak pembangunan utama untuk pembukaan rancangan tanah meliputi kawasan seluas 500 ekar.
Menyelia dan mengawasi kerja-kerja pembangunan ladang sawit/ getah yang dilaksanakan oleh pemborong.
Menyelia dan mengawasi kerja-kerja kebersihan kebun (merumput) serta kerja-kerja penuaian sawit/ penurisan getah/ pembajaan yang dijalankan oleh pemborong/ peneroka.
Menyelia dan mengawasi aktiviti penggunaan racun makhluk perosak ke atas tanaman.
Membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada peneroka mengenai kawalan mutu hasil, teknik pembajaan yang betul dan penggunaan racun kimia yang sesuai dengan keadaan ladang.
Menyelaras aktiviti peneroka dalam kegiatan pembangunan keusahawanan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia.
Berkebolehan mengendalikan masalah dan menyediakan penyelesaian yang bersesuaian.
Berkeyakinan dalam penyaluran maklumat serta memberi penerangan kepada kumpulan sasar.
Kebolehan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pegawai atasan, rakan sejawat, pegawai bawahan dan orang awam.
Khusus
Berkebolehan mengendalikan komputer serta mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian berkaitan.
Berkebolehan menulis laporan kerja dengan jelas dan berkualiti.
Berpengetahuan dalam bidang pertanian, penyelenggaraan ladang dan urusan kemasyarakatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.