- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3142
Juruteknik Pertanian dan Penternakan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3142-07
Bandingkan
Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G5 bertanggungjawab melaksana program kerja pengurusan rancangan, menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, meliputi aktiviti kebersihan ladang, pembajaan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti pentadbiran dan pembangunan masyarakat.
Tugasan
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Pengurus Rancangan yang mengurus tadbir pembangunan Rancangan seluas lebih kurang 4,000 ekar dan ke atas, meliputi kawasan ladang dan perkampungan serta penempatan peneroka melebihi 400 keluarga.
Menyediakan Program Kerja Tahunan meliputi aktiviti kerja bagi urusan peneroka dan urusan pembangunan usahawan.
Melaksanakan program kerja mengikut sasaran dan jadual masa yang ditetapkan.
Menyediakan anggaran belanjawan pentadbiran Rancangan.
Mengawasi rekod stok peralatan pejabat dan bahan kimia.
Menggerakkan dan membimbing jentera pentadbiran institusi peneroka yang terdapat di Rancangan terutama Persatuan Belia dan Pertubuhan Koperasi.
Menilai kemajuan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh badan-badan peneroka dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian.
Menyedia laporan pencapaian kerja.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dan menyampaikan maksud secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia.
Berkebolehan mengenal pasti masalah dan mengemukakan penyelesaian dengan berkesan.
Berkeyakinan dalam penyaluran maklumat serta memberi penerangan atau penjelasan kepada kakitangan.
Kebolehan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pegawai atasan, rakan sejawat, pegawai bawahan dan orang awam.
Memiliki sifat kepimpinan yang tinggi.
Khusus
Berkebolehan mengendali komputer dan mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian berkaitan.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan merancang kerja dengan kos yang rendah.
Pengetahuan kerja dan kepakaran dalam bidang pertanian, pengurusan ladang dan pembangunan masyarakat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3142-01
Juruteknik Sains Tanah
3142-02
Juruteknik Hortikultur
3142-03
Juruteknik Pengairan
3142-04
Juruteknik Penternakan (Pengeluaran Haiwan)
3142-05
Penyelia Pengeluaran Ternakan Halal
3142-06
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
3142-07
Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G5
3142-08
Penyelia Rancangan Tanah Gred G1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.