- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3142
Juruteknik Pertanian dan Penternakan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3142-06
Bandingkan
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok. Selain itu, bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog/kursus latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
Tugasan
Merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai program pengembangan pertanian, padi, tanaman industri, florikultur dan industri asas tani.
Menyelia pengeluaran, pengedaran, promosi, pemasaran dan pengendalian benih serta penyelenggaraan ladang dan stesen.
Menyelaras penyiasatan tanah, kesuburan, guna tanah, pemuliharaan, pengambilan sampel, analisis makmal dan data geospatial.
Menguatkuasakan kuarantin tanaman, pengurusan perosak, pemeriksaan ladang/premis, dan rawatan bahan pertanian.
Mengurus pendaftaran, pengesahan, lesen, pemeriksaan, penguatkuasaan dan pelupusan racun perosak serta aktiviti pengembangan.
Menyelaras kerja kejuruteraan pertanian, pembinaan, penyelenggaraan, rekabentuk projek dan ujian kesesuaian jentera.
Memproses pendaftaran peserta, pemeriksaan, pengesahan bahan tanaman dan pengurusan data Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Organik Malaysia (SOM), dan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).
Menyediakan maklumat, laporan, dokumen, ulasan dasar, perancangan projek, dan pemantauan keberkesanan program.
Menyokong pelaksanaan ICT, laman web, aplikasi sistem maklumat, pangkalan data, dan program perhubungan awam.
Menyelaras latihan, kursus, seminar, latihan industri, logistik, dan pengurusan data pelajar serta kakitangan Institut Pertanian.
Kemahiran
Asas
Berkeupayaan mengenal pasti masalah dan menyediakan penyelesaian dengan betul.
Khusus
Berpengetahuan mengenai pertanian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3142-01
Juruteknik Sains Tanah
3142-02
Juruteknik Hortikultur
3142-03
Juruteknik Pengairan
3142-04
Juruteknik Penternakan (Pengeluaran Haiwan)
3142-05
Penyelia Pengeluaran Ternakan Halal
3142-06
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
3142-07
Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G5
3142-08
Penyelia Rancangan Tanah Gred G1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.