Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2173-17
Bandingkan
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas certifikasi, kelulusan kejuruteraan, pembuatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi), uji terbang, pendaftaran kapal udara, memperakui keselamatan terbang, kelulusan Air Operator’s Certificate, kelulusan organisasi penyenggaraan, pemeriksaan kapal udara dan pelesenan jurutera penyenggaraan.
Tugasan
Merancang dan menggubal polisi, piawaian dan dasar peraturan Airworthiness negara.
Memastikan peranan, tanggung jawab dan kewibawaan jabatan dalam aspek airworthiness sentiasa terkawal dan tercapai.
Memastikan fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti Bahagian Airworthiness berjalan lancar berpandukan prosedur yang ditetapkan.
Memastikan keperluan dan prosedur Airworthiness dipatuhi selaras dengan peraturan-peraturan negara dan antarabangsa.
Memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal kepada Jabatan, industri penerbangan negara dan agensi-agensi luar negara.
Mengekalkan perhubungan dengan bahagian-bahagian lain di dalam Jabatan, Organisasi Penerbangan Awam dalam dan luar negara dari segi keperluan, amalan dan peraturan airworthiness.
Mewakili jabatan dalam perbincangan Perjanjian Persefahaman Dua Hala Airworthiness/ Keselamatan Penerbangan antara Malaysia dan negara-negara lain.
Memberi khidmat kepakaran dan nasihat di dalam penyiasatan kemalangan kapal udara.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan baik.
Berupaya merancang tugas dengan baik dan melaksanakan pekerjaan secara efisien.
Mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan.
Khusus
Berkebolehan menggunakan komputer dengan baik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti dan tepat.
Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih penerbangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.