Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2174
Bandingkan
Pengawal Trafik Udara
Pengawal Trafik Udara mengarah pergerakan pesawat udara di angkasa dan di daratan, dengan menggunakan radio, radar dan sistem pencahayaan, dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan operasi pesawat udara.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengarah pesawat udara yang menghampiri dan meninggalkan lapangan terbang dan mengawal pergerakannya di daratan/ lapangan terbang, dan mengarahkan peluncuran, perlepasan dan pendaratan.
Mengarah dan mengawal pergerakan pesawat udara di udara dengan menggunakan radar atau bukan radar dan mengarahkan pesawat udara dengan menggunakan radio.
Menyemak pelan penerbangan, laporan posisi, paras penerbangan, anggaran masa ketibaan di tempat melapor atau destinasi tiba dan membenarkan perubahan paras dan altitud penerbangan.
Memaklumi anak kapal penerbangan dan kakitangan operasi tentang keadaan cuaca, kemudahan operasi, rancangan penerbangan, dan trafik udara.
Mengawal operasi sistem pencahayaan lapangan terbang seperti lampu luncuran, lintasan dan suar lapangan terbang.
Mengaplikasikan prinsip pengetahuan dan amalan kawalan trafik udara untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Memulakan dan mengelolakan perkhidmatan kecemasan, mencari dan menyelamat apabila pesawat udara dalam bahaya.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.