- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
217
Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/ Lokomotif
Kumpulan Unit
2172
Pegawai dan Pilot Dek Kapal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2172
Bandingkan
Pegawai dan Pilot Dek Kapal
Pegawai dan Pilot Dek Kapal memberi arahan dan mengemudi kapal serta melaksanakan fungsi-fungsi yang berkaitan di pelabuhan.
Tugasan
Menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.
Memerintah dan memandu arah kapal dan laluan darat atau laluan rentas laut dengan menyelia laluan dan kelajuan kapal menurut pelan laluan dan keselamatan.
Merancang, menyelia, dan menyelaraskan aktiviti geladak dan pengawasan anjungan di atas kapal.
Memandu arah kapal masuk atau keluar dari pelabuhan, melalui selat dan perairan lain yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus.
Memastikan pemunggahan dan pemuatan kargo yang selamat dan cekap dan pematuhan peraturan dan prosedur keselamatan oleh anak kapal dan penumpang.
Melaksanakan penyeliaan teknikal bagi penyelenggaraan dan pembaikpulihan kapal untuk memastikan spesifikasi dan peraturan dipatuhi.
Mengarah atau mengatur bekalan stor dan kelengkapan kapal, pengambilan anak kapal, peruntukan perkhidmatan lain (kecuali makana daripada kapal yang tiba.
Mengurus dan menyelenggara inventori, rekod dan dokumentasi.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.