Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2173-03
Bandingkan
Jurutera Pereka Pesawat bertanggungjawab mereka bentuk, membangunkan dan menilai struktur, sistem serta komponen pesawat bagi memastikan keselamatan, prestasi dan kecekapan. Mereka menjalankan penyelidikan, membangunkan spesifikasi reka bentuk, melaksanakan simulasi dan ujian, serta bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin untuk menukarkan konsep kepada pesawat, peluru berpandu atau kapal angkasa yang berfungsi, sambil memastikan pematuhan terhadap piawaian dan peraturan industri aeroangkasa.
Tugasan
Membangunkan reka bentuk terperinci bagi struktur, sistem dan komponen pesawat menggunakan perisian Computer-Aided Design (CAD) khusus.
Menjalankan simulasi dan analisis kejuruteraan untuk menilai aerodinamik, kekuatan bahan, integriti struktur, prestasi dan kecekapan.
Memastikan reka bentuk pesawat mematuhi peraturan keselamatan penerbangan, piawaian industri aeroangkasa dan keperluan alam sekitar yang berkaitan.
Menganalisis cadangan kejuruteraan dan data teknikal untuk menilai kebolehlaksanaan reka bentuk, keperluan pengeluaran dan kekangan pelaksanaan.
Bekerjasama dengan pasukan pembuatan dan kejuruteraan pelbagai disiplin untuk memastikan reka bentuk praktikal, berfungsi dan cekap untuk pengeluaran.
Merancang dan menjalankan ujian eksperimen, prototaip dan tegasan untuk mengesahkan reka bentuk pesawat serta menyokong penambahbaikan reka bentuk.
Menyediakan dan menyelenggara dokumentasi teknikal, termasuk spesifikasi reka bentuk, laporan kejuruteraan, rekod ujian, manual dan buletin teknikal.
Menyelaras aktiviti reka bentuk, ujian dan pengubahsuaian bersama kakitangan kejuruteraan dan teknikal.
Membangunkan reka bentuk konsep pesawat berdasarkan keperluan teknikal dan menukarkannya kepada penyelesaian reka bentuk yang berfungsi.
Kemahiran
Asas
kebolehan membaca,mentafsir dan mengaplikasikan pelan teknikal dan skematik dengan tepat.
Kemahiran komunikasi berkesan untuk berkerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin.
Kemahiran penyelesaian masalah secara kritis untuk menganalisis dan menyelesaiakn isu reka bentuk dan stuktur.
Pemahaman yang mentap tentang prinsip asas kejuruteraan,termasuk fizik,matematik dan bahan sains.
Penguasaan yang kukuh terhadap perisian reka bentuk bantuan komputer (CAD) untuk menghasilkan dan mengubah suai reka bentuk pesawat.
Khusus
Kecekapan dalam analisis kejuruteraan terperinci bagi kebolehlaksanaan reka bentuk, prestasi struktur dan penilaian produk.
Kecekapan dalam bahan gred penerbangan dan proses pembuatan bagi reka bentuk dan pembangunan pesawat.
Kecekapan dalam pembangunan prototaip dan pengesahan konsep reka bentuk pesawat.
Kemahiran dalam penggunaan alat Finite Element Analysis (FEA) dan Computational Fluid Dynamics (CFD) untuk simulasi dan analisis kejuruteraan.
Keupayaan untuk mereka bentuk, mengintegrasikan dan menguji sistem serta komponen pesawat.
Pengetahuan dalam aerodinamik, prestasi pesawat dan mekanik penerbangan.
Pengetahuan dalam peraturan industri aeroangkasa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.