- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
217
Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/ Lokomotif
Kumpulan Unit
2171
Jurutera Kapal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2171
Bandingkan
Jurutera Kapal mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan dan jentera elektrik dan elektronik di atas kapal, atau melaksanakan fungsi sokongan yang berkaitan.
Tugasan
Mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan, pembaikpulihan kelengkapan jentera mekanikal, elektrik dan elektronik di atas kapal.
Melaksanakan penyeliaan teknikal bagi pemasangan, penyelenggaraan, pembaikpulihan jentera kapal dan kelengkapan untuk memastikan pematuhan spesifikasi dan peraturan.
Menyelaraskan ujian ke atas kelengkapan dan mendiagnosis kesilapan.
Mengaplikasikan prinsip pengetahuan dan amalan berhubung dengan jentera kapal dan kelengkapan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Memeriksa dan menjalankan penyelenggaraan dan pembaikpulihan enjin, jentera, dan kelengkapan tambahan.
Menyediakan pengawasan bilik enjin, memantau dan mengambil perhatian tentang prestasi enjin, jentera, dan kelengkapan tambahan.
Menyimpan rekod operasi jabatan kejuruteraan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.