Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2173-09
Bandingkan
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas certifikasi, kelulusan kejuruteraan, pembuatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi), uji terbang, pendaftaran kapal udara, memperakui keselamatan terbang, kelulusan Air Operator’s Certificate, kelulusan organisasi penyenggaraan, pemeriksaan kapal udara dan pelesenan jurutera penyenggaraan.
Tugasan
Mengenal pasti piawaian dan keperluan airworthiness.
Memeriksa dan meneliti keadaan fizikal kapal udara penerbangan am untuk pengeluaran dan membaharui sijil Perakuan Keselamatan Terbang.
Memastikan kapal udara di senggara dan di baik pulih mengikut piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh DCA.
Memeriksa dan meluluskan pengubahsuaian kapal udara serta peralatan dan kelengkapannya.
Mengawal selia organisasi penyenggaraan dan baik pulih kapal udara serta peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh pengendali udara.
Menentukan penilaian Airworthiness Directive, Service Bulletin, Service Letter dan lain-lain dijalankan.
Merangka dan menderaf Airworthiness Directives untuk kapal udara dan peralatan kapal udara buatan Malaysia dan kapal udara buatan asing berdaftar di Malaysia.
Memeriksa dan meluluskan organisasi pembuat kapal udara, peralatan dan seterusnya mengeluarkan Sijil Kelulusan Organisasi Pembuatan.
Menerima, mengkaji dan meluluskan permohonan pengeluaran mendapatkan lesen Jurutera Kapal udara Issue of Aircraft Maintenance Engineers Licence untuk semua kategori.
Menjalankan penyelidikan ke atas kerosakan kapal udara dan peralatannya serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis dengan baik.
Berupaya merancang tugas dengan baik dan melaksanakan pekerjaan secara efisien.
Mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan.
Khusus
Berkebolehan menggunakan komputer dengan baik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti dan tepat.
Mempunyai pengalaman sebagai jurulatih penerbangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.