Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2173
Bandingkan
Juruterbang Pesawat Udara dan Profesional yang Berkaitan
Juruterbang Pesawat Udara dan Profesional yang Berkaitan mengawal operasi kelengkapan mekanikal, elektrik dan elektronik untuk memandu arah pesawat udara atau belon udara serta melaksanakan tugasan pra penerbangan dan dalam penerbangan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi arahan dalam penerbangan, menyelia penerbangan solo, menemani penuntut dalam latihan penerbangan dan menunjukkan teknik untuk mengawal pesawat udara.
Mengaplikasikan prinsip pengetahuan dan amalan penerbangan untuk mengenal pasti menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka.
Memeriksa rekod penyelenggaraan dan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pesawat udara dalam keadaan baik dari segi mekanikal, penyelenggaraan telah dilaksanakan, dan semua kelengkapan dapat beroperasi.
Menandatangani sijil yang perlu dan menyimpan rekod rasmi penerbangan.
Mendapatkan taklimat dan pelepasan sebelum penerbangan dan berhubung dengan pusat kawalan trafik udara atau kawalan penerbangan semasa penerbangan.
Memandu kapal terbang awam atau swasta, merancang, menyelia, menguji, mengubahsuai carta-carta penerbangan, mengambil foto dari udara dan mengendalikan peperiksaan juruterbang.
Mengeluarkan lesen juruterbang, mengumpul maklumat penyelidik kerosakan dan kemalangan pesawat serta data-data teknikal semua pesawat terbang.
Menjalankan tugas-tugas pemeriksaan pesawat terbang.
Memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan, mengeluarkan sijil kelulusan untuk pesawat udara, menjalankan penyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam dan mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya.
Bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan penerbangan, keselamatan semua penumpang, kru dan peralatan, penyimpanan rekod penerbangan dan menyelenggara peralatan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.