Versi Lama

Pekerjaan Kritikal

Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) ialah senarai pekerjaan di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai berkemahiran, mendapat permintaan tinggi dan strategik.
Sumber data: Center Image
In-demand
Kod MASCO 2521
Pereka dan Pentadbir Pangkalan Data
Pereka dan Pentadbir Pangkalan Data mereka bentuk, membangunkan, mengawal, menyelenggara dan membantu mencapai prestasi optimum, dan mengawal keselamatan pangkalan data.
Kod MASCO 2522
Pentadbir Sistem Teknologi Maklumat
Pentadbir Sistem Teknologi Maklumat membangunkan, menyelenggara dan membantu mencapai prestasi optimum, dan mengawal keselamatan sistem teknologi maklumat.
Kod MASCO 2523
Profesional Rangkaian Komputer
Profesional Rangkaian Komputer menyelidik, menganalisis dan mencadangkan strategi dalam seni bina rangkaian dan pembangunan rangkaian. Mereka melaksanakan, mengurus, menyelenggara, dan melakukan konfigurasi perkakasan rangkaian dan perisian, dan memantau, menyelesaikan masalah, dan mengoptimumkan prestasi.
Kod MASCO 2524
Profesional Data
Profesional Data mengkhusus dalam bidang sains data, yang menyediakan maklumat penting berdasarkan sejumlah data yang kompleks atau data besar. Ia menggabungkan pelbagai bidang kerja dalam statistik dan pengiraan untuk mentafsir data bagi tujuan membuat keputusan.
Kod MASCO 2531
Profesional Keselamatan Siber
Profesional Keselamatan Siber termasuk bukan sahaja fokus terhadap staf teknikal, tetapi juga mereka yang menggunakan pengetahuan mengenai keselamatan siber bagi organisasi untuk melaksanakan misi dengan jayanya. Tenaga kerja keselamatan siber yang berpengetahuan dan mahir diperlukan untuk menangani risiko keselamatan siber dalam keseluruhan proses pengurusan risiko organisasi.
Kod MASCO 2541
Profesional Kesan Visual dan Animasi
Profesional Kesan Visual dan Animasi menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk animasi, kesan visual, media baru dan format media digital linear lain-lain.
Kod MASCO 2542
Profesional Permainan Digital dan E-Sukan
Profesional Permainan Digital dan E-Sukan menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk permainan, VR/AR dan format media digital bukan linear lain-lain.
Kod MASCO 2543
Profesional Pereka Kandungan Kreatif
Profesional Pereka Kandungan Kreatif menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk pelbagai media digital termasuk format linear dan bukan linear.
Kod MASCO 3111
Juruteknik Sains Kimia dan Fizik
Juruteknik Sains Kimia dan Fizik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
Kod MASCO 3112
Juruteknik Kejuruteraan Awam
Juruteknik Kejuruteraan Awam menjalankan tugas-tugas teknikal dalam penyelidikan kejuruteraan awam dan reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan bangunan dan struktur lain seperti bekalan air dan sistem rawatan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.
Kod MASCO 3113
Juruteknik Kejuruteraan Elektrik
Juruteknik Kejuruteraan Elektrik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan elektrik, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan elektrik, kemudahan prasarana dan sistem pengagihan.
Kod MASCO 3114
Juruteknik Kejuruteraan Elektronik
Juruteknik Kejuruteraan Elektronik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan elektronik, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan elektronik.
Kod MASCO 3115
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan mekanikal, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikan mesin, komponen dan peralatan mekanikal.
Kod MASCO 3118
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada lakaran, ukuran dan data lain serta menyalin lukisan ke atas plat cetak.
Kod MASCO 3119
Juruteknik Industri dan Pengeluaran
Juruteknik Industri dan Pengeluaran menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan industri dan pengeluaran, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Mereka membantu menyelaraskan aktiviti perkilangan dan menilai keberkesanan kos dan keselamatan.
Kod MASCO 3122
Penyelia Pembuatan
Penyelia Pembuatan menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti juruteknik kawalan proses, operator mesin dan pemasang, dan pekerja buruh pembuatan lain.
Kod MASCO 3151
Juruteknik Pesawat Udara
Juruteknik Pesawat Udara membaik pulih, memperbaiki, memeriksa, menguji, dan menservis enjin pesawat udara dan kelengkapan mekanik pesawat yang lain.
Kod MASCO 7212
Pengimpal dan Pemotong Besi
Pengimpal dan Pemotong Besi mengimpal dan memotong bahagian logam dengan api gas atau arka elektrik dan sumber haba yang lain untuk meleburkan, memotong atau melakurkan logam.
Kod MASCO 7231
Mekanik dan Pembaik Kenderaan Bermotor
Mekanik dan Pembaik Kenderaan Bermotor memasang, menservis dan membaik pulih kenderaan bermotor.
Kod MASCO 7233
Mekanik dan Pembaik Jentera Pertanian dan Perindustrian
Mekanik dan Pembaik Jentera Pertanian dan Perindustrian membaik pulih, memasang, membetulkan, atau menyelenggara jentera pengeluaran dan pemprosesan pertanian dan perindustrian, atau sistem penapis kilang, dan penyaluran salur paip.
Kod MASCO 7412
Mekanik dan Jurugegas Elektrik
Mekanik dan Jurugegas Elektrik melaraskan, membetulkan, memasang, menservis, dan membaik pulih jentera elektrik, serta perkakas dan kelengkapan elektrik yang lain di dalam bangunan, kilang, bengkel, dan tempat lain.

Menunjukkan 106 hingga 126 daripada 132 keputusan

← Kembali
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.