- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
254
Profesional Kandungan Kreatif dan Digital
Kumpulan Unit
2543
Profesional Pereka Kandungan Kreatif
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2543
Bandingkan
Profesional Pereka Kandungan Kreatif
Profesional Pereka Kandungan Kreatif menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk pelbagai media digital termasuk format linear dan bukan linear.
Tugasan
Mewujudkan reka bentuk yang bertaraf dunia serta berfokus kepada pengguna melalui pertimbangan penyelidikan pengguna, keperluan perniagaan, maklum balas pelanggan dan hasil kajian kebolehgunaan.
Membangunkan kerangka konseptual, wireframes, mockups visual, prototaip dan reka bentuk visual aplikasi web dan mudah alih.
Membangun dan mengekalkan spesifikasi komunikasi pengguna secara terperinci.
Membentangkan kerja reka bentuk kepada pengguna berpengalaman, produk, pemilik perniagaa untuk semakan dan maklum balas.
Mencipta dan melaksanakan kajian kebolehgunaan, personaliti, struktur navigasi, dan kerangka afiniti.
Menyediakan cadangan kebolehgunaan berdasarkan amalan terbaik industri, analisis, dan tingkah laku pengguna.
Bekerjasama secara proaktif dengan ahli pasukan lain termasuk dari pelbagai kepakaran untuk menyelesaikan masalah.
Mengoptimumkan pengalaman pengguna berdasarkan kompilasi analisis data aktiviti pengguna.
Melaksanakan tugas yang berkaitan menggunakan alat penciptaan kandungan digital, perisian visualisasi dan teknologi berkaitan.
Meningkatkan pengetahuan dan menyelaraskan prestasi kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.