- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
252
Profesional Pangkalan Data dan Rangkaian
Kumpulan Unit
2523
Profesional Rangkaian Komputer
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2523
Bandingkan
Profesional Rangkaian Komputer
Profesional Rangkaian Komputer menyelidik, menganalisis dan mencadangkan strategi dalam seni bina rangkaian dan pembangunan rangkaian. Mereka melaksanakan, mengurus, menyelenggara, dan melakukan konfigurasi perkakasan rangkaian dan perisian, dan memantau, menyelesaikan masalah, dan mengoptimumkan prestasi.
Tugasan
Menganalisis, membangun, mentafsir dan menilai reka bentuk sistem yang kompleks dan spesifikasi seni bina, model data dan rajah dalam konfigurasi pembangunan dan integrasi sistem komputer.
Menyelidik, menganalisis, menilai dan memantau infrastruktur rangkaian untuk memastikan rangkaian dikonfigurasi untuk beroperasi pada prestasi optimum.
Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada operasi rangkaian dan perkakasan, perisian, komunikasi dan sistem operasi bersepadu.
Menyediakan kemahiran pakar dalam menyokong dan menyelesaikan masalah rangkaian kecemasan.
Memasang, mengkonfigurasi, menguji, menyenggara dan mentadbir rangkaian baru dan yang dinaik taraf, aplikasi pangkalan data perisian, pelayan (server) dan stesen kerja.
Menyediakan pengaturcaraan rangkaian dalam menyokong keperluan perniagaan dan keperluan khusus.
Menyediakan dan mengekalkan prosedur dan dokumentasi untuk inventori rangkaian, dan merakam diagnosis dan resolusi kerosakan rangkaian, peningkatan dan pengubahsuaian kepada rangkaian, dan arahan penyelenggaraan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2523-01
Pakar Rangkaian
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.