Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2541
Bandingkan
Profesional Kesan Visual dan Animasi menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk animasi, kesan visual, media baru dan format media digital linear lain-lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengkonsepkan kandungan digital dengan pengetahuan artistik dan teknikal.
Merancang dan menyusun aliran kerja dan saluran pengeluaran untuk memastikan pengeluaran yang berkualiti.
Menentukan kandungan secara visual, secara lisan atau secara bertulis mengenai format output akhir.
Melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan kandungan digital.
Menganalisis dan menilai pelbagai pilihan dalam proses membuat keputusan untuk memastikan penyelesaian paling optimum dipilih.
Berkomunikasi secara jelas dengan penyelia dan pekerja bawahan untuk memastikan penghantaran tugas dipenuhi tepat pada masanya.
Bekerjasama secara proaktif dengan ahli pasukan lain termasuk dari pelbagai kepakaran untuk menyelesaikan masalah.
Mewujudkan kandungan digital untuk meningkatkan kualiti output.
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan menggunakan alat penciptaan kandungan digital, saluran pemprosesan dan teknologi berkaitan.
Meningkatkan pengetahuan dan menyelaraskan prestasi kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.