Versi Lama

Pekerjaan Kritikal

Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) ialah senarai pekerjaan di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai berkemahiran, mendapat permintaan tinggi dan strategik.
Sumber data: Center Image
In-demand
Kod MASCO 8141
Operator Mesin Produk Getah
Operator Mesin Produk Getah mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli dan mengadun getah dengan sebatian getah, dan menghasilkan pelbagai komponen dan produk daripada getah asli dan tiruan seperti kasut teracu, barangan rumah, bahan penebat, aksesori perindustrian, atau tayar basikal, kereta, traktor, pesawat udara dan kenderaan lain.
Kod MASCO 8182
Operator Enjin dan dandang Stim
Operator Enjin dan dandang Stim menyelenggara dan mengendalikan pelbagai jenis enjin stim, dandang, turbin dan peralatan tambahan untuk membekalkan kuasa dan perkhidmatan utiliti lain untuk komersil, industri dan bangunan, di tempat kerja dan di atas kapal.
Kod MASCO 8189
Operator Mesin dan Loji Pegun Lain yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Operator Mesin dan Loji Pegun Lain yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam kumpulan kecil 818 : Operator Mesin dan Loji Pegun yang Lain. Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk operator mesin, operator pengeluaran, operator peralatan dan mesin dan operator jentera berat.
Kod MASCO 8332
Pemandu Trak Berat dan Lori
Pemandu Trak Berat dan Lori memandu dan menjaga kenderaan berat bermotor untuk mengangkut barang, cecair, dan barang berat bagi perjalanan jarak dekat atau jarak jauh.
Kod MASCO 8341
Operator Loji Bergerak bagi Ladang dan Perhutanan
Operator Loji Bergerak bagi Ladang dan Perhutanan memandu atau mengendalikan satu atau lebih jenis jentera atau kelengkapan bergerak yang digunakan dalam operasi perladangan, hortikultur dan perhutanan.
Kod MASCO 8343
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan
Operator Loji Kren, Takal dan yang Berkaitan mengendalikan dan mengawasi kren pegun dan bergerak dan juga kelengkapan takal yang lain.

Menunjukkan 127 hingga 132 daripada 132 keputusan

← Kembali
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.