Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4312-19
Bandingkan
Pembantu Perangkaan Gred E1 bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Tugasan
Membantu mendapatkan maklumat baru bagi pengemaskinian rangka isi rumah dan pertubuhan.
Membantu melaksanakan kerja-kerja penyediaan soal selidik dan manual penyiasatan/ banci.
Menjalankan kerja-kerja pengiriman soal selidik dan penyusunan dokumen serta penerimaan soal selidik melalui pos/ elektronik.
Menjalankan kerja lapangan atau menemuramah responden melalui telefon.
Membuat penyisihan, penyemakan, penyuntingan dan pengkodan bagi soal selidik yang lengkap.
Membantu kerja-kerja penyediaan dokumen/ manual spesifikasi kerja pemprosesan data.
Membuat tangkapan data dan pembetulan ralat.
Membantu melaksanakan aktiviti penyusunan data yang diperlukan dalam penyusunan perangkaan.
Kemahiran
Asas
Mahir dalam komunikasi dan mampu membuat keputusan.
Khusus
Mempunyai pengetahuan berkaitan dasar-dasar kerajaan.
Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam subjek Matematik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.