Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4312
Bandingkan
Kerani Perangkaan, Kewangan, dan Insurans
Kerani Perangkaan, Kewangan, dan Insurans mendapatkan, menyusun dan menghitung data perangkaan atau data aktuari, atau melaksanakan tugas perkeranian berhubung dengan transaksi insurans, bank, dan pertubuhan kewangan lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mendapatkan dan menyusun data perangkaan atau aktuari berdasarkan sumber maklumat yang rutin atau khas.
Menyedia dan mengemaskini bajet tahunan.
Mengurus dan mengawal peruntukan.
Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
Menghitung jumlah, purata, peratus dan perincian lain, dan menyampaikannya dalam bentuk jadual sebagaimana yang diperlukan.
Menyediakan dokumen kewangan dan menghitung faedah atau caj pembrokeran dan duti setem yang perlu dibayar.
Menguruskan rekod bon, saham atau yang seumpamanya, yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau majikan.
Menyediakan sampel, soal selidik, memungut data dan menyediakan laporan bancian.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.