Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4311
Bandingkan
Kerani Perakaunan dan Simpan Kira
Kerani Perakaunan dan Simpan Kira menghitung, mengelaskan dan merekodkan data berangka untuk memastikan rekod kewangan lengkap. Melaksanakan sebarang gabungan tugas pengiraan, pemakluman dan penentusahan yang rutin untuk mendapatkan data kewangan awal untuk digunakan dalam pengurusan rekod perakaunan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyemak angka, pemakluman, dan dokumen bagi memastikan ketepatan maklumat, ketepatan matematik, dan kod yang betul.
Mengendalikan program komputer dengan perisian perakaunan untuk merekodkan, menyimpan dan menganalisis maklumat.
Mengelas, merekod dan meringkaskan data berangka dan kewangan untuk menyusun dan menyimpan rekod kewangan dengan menggunakan jurnal dan lejar atau komputer.
Menghitung, menyedia dan mengeluarkan bil, invois, penyata akaun, dan penyata kewangan lain menurut prosedur yang ditetapkan.
Menyusun laporan dan jadual perangkaan, kewangan, perakaunan atau audit yang berhubung dengan perkara seperti resit tunai, perbelanjaan, akaun perlu dibayar, dan akaun belum terima, serta untung dan rugi.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.