Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4313
Bandingkan
Kerani Gaji
Kerani Gaji mengumpulkan, menentukan, memproses maklumat gaji dan menghitung upah, serta kelayakan faedah bagi kakitangan dalam jabatan, syarikat atau pertubuhan lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menguruskan rekod kedatangan, cuti, dan kerja lebih masa kakitangan untuk menghitung upah dan kelayakan faedah, secara manual atau sistem berkomputer.
Menyediakan dan menentusahkan penyata pendapatan kakitangan, menyatakan gaji kasar dan gaji bersih serta potongan seperti cukai, yuran kesatuan, garnisan dan insurans serta pelan persaraan.
Menyediakan bayaran kakitangan dan bayaran faedah dengan cek atau pemindahan elektronik.
Menyemak lembaran masa, carta kerja, pengiraan upah, dan maklumat lain untuk mengesan dan membetulkan percanggahan dalam senarai gaji.
Menentukan kedatangan, tempoh jam bekerja dan pelarasan bayaran serta memasukkan maklumat ke dalam rekod yang ditetapkan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.