- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
43
Kerani Perekodan Data Berangka dan Bahan
Kumpulan Kecil
431
Kerani Data Berangka
Kumpulan Unit
4312
Kerani Perangkaan, Kewangan, dan Insurans
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4312-06
Bandingkan
Kerani Insurans memproses dan menyelenggara permohonan insurans, polisi serta rekod pelanggan dengan memastikan maklumat pelanggan dan polisi dikemas kini secara tepat dan serta mengikut tempoh yang ditetapkan. Mereka membantu penaja jamin dan kakitangan tuntutan dengan mengumpul data, mengesahkan dokumen, serta menyokong proses penilaian, pengeluaran, pindaan, pembaharuan dan penyelesaian polisi insurans. Tugas mereka melibatkan penyelarasan komunikasi dengan pelanggan, ejen dan jabatan dalaman bagi memastikan operasi insurans berjalan lancar.
Tugasan
Memproses permohonan insurans, pengeluaran polisi, pindaan, pengendorsan, pembaharuan, dan dokumen berkaitan.
Menyelenggara dan mengemas kini rekod pelanggan, polisi, dan tuntutan dengan tepat dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menyemak maklumat insurans dan dokumen sokongan untuk memastikan kelengkapan dan ketepatan.
Mengumpul data dan dokumen untuk membantu penaja jamin dan kakitangan tuntutan dalam pemprosesan polisi dan tuntutan.
Menyokong pemprosesan pindaan polisi, pembaharuan, dan penyelesaian tuntutan.
Berkomunikasi dengan pelanggan, ejen, dan jabatan dalaman mengenai perkara berkaitan polisi dan tuntutan.
Menyelaras dengan bahagian penajajaminan, tuntutan, dan jabatan dalaman lain bagi memastikan operasi insurans berjalan lancar.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mengendalikan maklumat sulit secara bertanggungjawab dan bekerjasama dengan orang lain.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik, termasuk mendengar secara aktif.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang kukuh untuk mengutamakan tugas dan memenuhi tarikh akhir.
Ketelitian terhadap perincian dalam memproses dokumen dan rekod insurans.
Literasi komputer asas, termasuk kemasukan data dan penggunaan perisian pejabat.
Khusus
Kemahiran kemasukan data dan penyimpanan rekod yang tepat.
Kemahiran menggunakan aplikasi Microsoft Office.
Kemahiran menggunakan perisian pengurusan insurans dan tuntutan.
Kemahiran pengurusan dokumen dan penyediaan laporan.
Pemahaman asas tentang keperluan dokumentasi penajajaminan dan tuntutan.
Pengetahuan tentang produk insurans, dokumentasi polisi, dan prosedur pemprosesan insurans.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
4312-01
Kerani Perangkaan
4312-02
Kerani Tuntutan
4312-03
Pegawai Kanan Penaja Jaminan
4312-04
Kerani Kewangan
4312-05
Kerani Broker
4312-06
Kerani Insurans
4312-07
Kerani Cukai
4312-08
Kerani Pelaburan
4312-09
Kerani Pelarasan
4312-10
Kerani Broker Saham
4312-11
Kerani Perkadaran
4312-12
Pembantu Broker
4312-13
Kerani Cagaran
4312-14
Kerani Gadai Janji
4312-15
Pembantu Aktuari
4312-16
Pembantu E-Dagang
4312-17
Pembantu Pajakan
4312-18
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
4312-19
Pembantu Perangkaan Gred E1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.