- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
3251
Pembantu Pergigian dan Ahli Terapi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3251-03
Bandingkan
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.
Tugasan
Membantu pegawai/pakar pergigian dalam pengendalian kes kemalangan dan kecemasan, semasa dan selepas waktu pejabat di klinik pergigian dan dewan bedah.
Membantu pegawai/pakar pergigian semasa rawatan dengan mengamalkan konsep four-handed dentistry.
Melaksanakan dan mematuhi prosedur kawalan jangkitan silang.
Menyediakan dan menggunakan bahan rawatan pergigian serta peralatan bio-medical (pergigian) sebelum, semasa, dan selepas rawatan.
Menyelenggara peralatan bio-medical (pergigian) mengikut prosedur yang ditetapkan.
Mengendalikan pesakit dan bilik rawatan sebelum, semasa, dan selepas rawatan, termasuk membantu pengambilan X-Ray pergigian.
Memberi penerangan dan nasihat kesihatan pergigian kepada pesakit dan keluarga, serta mengurus rujukan kes kompleks kepada pegawai/pakar pergigian.
Merekod status kesihatan pergigian pesakit (charting) dan mengurus rekod rawatan pesakit.
Mengurus pendaftaran pesakit, pembayaran, resit, temujanji, dan sijil sakit.
Membantu pengurusan am klinik.
Kemahiran
Asas
Berupaya memberi nasihat dan penerangan semasa dan selepas rawatan kepada pesakit.
Cekap dalam pengendalian pesakit luar.
Khusus
Pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan dan pengendalian pelbagai peralatan pergigian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.