- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3144
Juruteknik Perikanan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3144-08
Bandingkan
Pembantu Perikanan Gred G1 membantu merancang, merumus dan menyelaras pembangunan sektor perikanan negara secara berkesan ke arah merealisasikan misi, visi dan objektif jabatan secara keseluruhannya. Membantu menyediakan perancangan sektoral dan strategik yang mantap serta relevan bagi mendukung pembangunan sektor perikanan negara. Bertanggungjawab untuk mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan. Bertanggungjawab membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan projek-projek akuakultur bagi merealisasikan sasaran pengeluaran ikan melalui aktiviti akuakultur.
Tugasan
Menyelia, mengumpul, memproses, dan menganalisis data pendaratan ikan, eksport/import, akuakultur, dan laporan.
Menyokong pegawai perikanan dalam pengurusan data, dokumentasi, pameran, publisiti, dan penyediaan laporan serta penerbitan jabatan.
Mengurus biosekuriti, fail, surat menyurat, pendaftaran ladang, vesel, premis, dan edaran dokumen/data terkini.
Membantu penguatkuasaan Akta Perikanan, pemantauan bot ronda, operasi SAR, pencerobohan, pelupusan, dan pelelongan vesel.
Mengurus pelesenan, permit, SLP, kawasan santuari, spesies terancam, dan kawal selia pengusaha perikanan.
Menyokong pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan pemprosesan, pemindahan teknologi, peralatan pemprosesan, pengendalian ikan, dan khidmat nasihat teknikal kepada kumpulan sasar.
Menyelia pembangunan akuakultur, penternak, import/eksport udang, pengeluaran permit, dan pendaftaran ladang CITES.
Mengurus sumber manusia, kursus, latihan, pengajian lanjutan, pengurusan pelatih, aktiviti inovasi, dan persediaan peralatan latihan.
Menyokong aspek perundangan, penyediaan maklumat kes, ceramah, taklimat, semakan deraf perjanjian/persefahaman (MOU), dan penilaian rekod tangkapan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
Berkebolehan menerima arahan dan memberi pendapat dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang teknikal.
Berkebolehan menulis laporan yang lengkap.
Mempunyai kebolehan asas dalam menggunakan komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.