- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3144
Juruteknik Perikanan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3144-07
Bandingkan
Penolong Pegawai Perikanan Gred G5 menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kehendak antarabangsa dan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.
Tugasan
Menyelia, mengumpul, memproses, dan menganalisis data perikanan, akuakultur, pendaratan ikan, harga pengeluar, dan laporan.
Menyokong promosi, pameran, penerbitan, fotografi, multimedia, dan latihan pengutipan data bagi pegawai dan pembantu perikanan.
Mengurus dan menyelaras aspek perundangan, kursus, perjanjian/persefahaman (MOU), kontrak, serta kerjasama antarabangsa berkaitan perikanan.
Merancang, menyelaras, dan melaksanakan penguatkuasaan Akta Perikanan, Operasi Bersama, risikan, dan pengurusan aduan pencerobohan.
Mengurus pelesenan, kawal selia, siasatan khas, rekod vesel, lesen penangkapan tuna, Sijil Laluan Pelayaran (SLP), dan pemuliharaan spesies marin.
Menyelaras pembangunan perikanan, pemprosesan ikan, pemindahan teknologi, peralatan, demonstrasi, latihan, dan Kumpulan Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) dan Kontek Nelayan (KN).
Menyokong perancangan projek, laporan pembangunan, urus setia mesyuarat antarabangsa, serta menyelaras prosedur laluan antarabangsa.
Membantu pengurusan tanah, inventori tanah, pembayaran pampasan, prosedur sewa/pajak, dan hak milik tanah jabatan.
Menyelia biosekuriti, pemantauan ladang, vesel, premis, serta pembangunan projek dan pembenihan akuakultur di seluruh Malaysia.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara jelas, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang teknikal perikanan.
Berkebolehan menganalisa laporan teknikal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.