- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3118
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3118-08
Bandingkan
Penolong Pegawai Tanah Gred NT5
Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat kumpulan sokongan berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek- aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).
Tugasan
Menyediakan laporan dan memperenggankan tanah (ukur tanah) bagi permohonan tanah, permit, lesen, pecah sempadan/bahagian, penyatuan tanah, tukar syarat, pengambilan balik tanah, hak lalu lalang dan projek kerajaan.
Menjalankan kerja-kerja penempatan bagi permohonan tanah yang diluluskan.
Menjalankan penempatan tanah kerajaan untuk perkampungan dan rancangan tanah berkelompok (GSA).
Menempatkan mangsa bencana alam mengikut arahan pihak berkuasa.
Menjalankan kerja-kerja penyelesaian tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur.
Menjalankan kerja-kerja penulisan hak milik dan permohonan ukur di pejabat.
Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod di Pejabat Tanah.
Menjalankan kerja-kerja penilaian urus niaga tanah, premium dan lelong tanah.
Menjalankan penilaian ganti rugi dan pampasan berkaitan tanah.
Kemahiran
Khusus
Kebolehan mengendalikan perisian komputer dan peralatan yang berkaitan dengan bidang tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3118-01
Pelukis Pelan
3118-02
Juruteknik Geospatial
3118-03
Penolong Arkitek
3118-04
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
3118-05
Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5
3118-06
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1
3118-07
Penolong Arkitek Landskap Gred JA5
3118-08
Penolong Pegawai Tanah Gred NT5
3118-09
Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5
3118-10
Penolong Juruukur Gred JA5
3118-11
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA7
3118-12
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.