- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2824
Ahli Psikologi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2824-06
Bandingkan
Pegawai Psikologi Gred S9
Pegawai Psikologi Gred S9 bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personal, pembangunan personal, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.
Tugasan
Melaksanakan perancangan dasar, pekeliling, dan garis panduan berkaitan pengurusan dan tadbir urus perkhidmatan psikologi, psikologi klinikal, dan kaunseling.
Membantu pembangunan, pentadbiran, dan pelaporan penilaian, diagnostik, serta interpretasi ujian psikologi, psikologi klinikal, dan kaunseling.
Mengurus pembangunan modul dan pelaksanaan aktiviti/program pembangunan, pencegahan, pemulihan, dan rawatan berasaskan pendekatan psikologi.
Memberi khidmat runding/konsultasi, serta input psikologi, psikologi klinikal, dan kaunseling kepada pihak yang memerlukan.
Memberi perkhidmatan intervensi psikologi, psikoterapi, dan kaunseling bagi pembangunan, pencegahan, pemulihan, dan rawatan kesejahteraan mental.
Membantu pengurusan dan pelaksanaan latihan kompetensi, kepakaran, serta kemajuan kerjaya perkhidmatan psikologi, psikologi klinikal, dan kaunseling.
Melaksanakan aktiviti penyelidikan dan kajian psikologi, psikologi klinikal, dan kaunseling.
Menyelaras, memantau, dan menyelia pengumpulan data, serta penyampaian perkhidmatan untuk tujuan rekod, pelaporan, dan penambahbaikan kualiti.
Kemahiran
Asas
Analisis data.
Kemahiran penggunaan teknologi digital.
Keurusetlaan dan pengurusan majlis.
Khidmat nasihat dan perundingan.
Pembangunan kurikulum atau modul.
Pengurusan rekod.
Penulisan dokumen rasmi.
Khusus
Intervensi psikologi.
Pembangunan ujian psikologi.
Pengetahuan mengenai undang-undang dan dasar berkaitan dengan bidang psikologi, psikologi klinikal dan kaunseling.
Penilaian psikologi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.