Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2826
Bandingkan
Profesional Keagamaan
Profesional Keagamaan berperanan sebagai pengabadi tradisi, amalan dan kepercayaan suci. Mereka mengetuai upacara keagamaan dan memberi bimbingan kerohanian dan moral, dan melaksanakan fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan amalan agama.
Tugasan
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang.
Mengabadikan tradisi, amalan dan kepercayaan suci.
Mengetuai istiadat dan upacara keagamaan.
Menjalankan berbagai-bagai tugas pentadbiran dan sosial, termasuk menghadiri jawatankuasa mesyuarat organisasi keagamaan.
Memberi bimbingan kerohanian dan moral mengikut agama yang dianuti.
Menyebarkan doktrin keagamaan.
Menyediakan serta menyampaikan khutbah dan ceramah keagamaan.
Mengendalikan kelas agama dan mengimamkan solat serta menyelia perbincangan, kumpulan, retret dan seminar.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.