Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2824-05
Bandingkan
Ahli Psikologi Sukan
Ahli Psikologi Sukan menyediakan sokongan dan bimbingan psikologi kepada atlet merentasi semua disiplin sukan. Mereka membantu atlet meningkatkan prestasi, mengurus tekanan dan kebimbangan, pulih daripada kecederaan dan mengekalkan motivasi, mengaplikasikan teori dan teknik psikologi untuk mengatasi cabaran mental dan mengoptimumkan penyertaan dalam latihan dan pertandingan.
Tugasan
Memberikan kaunseling dan sokongan psikologi kepada atlet untuk meningkatkan prestasi dan kesejahteraan mental.
Membangunkan dan mengaplikasikan strategi mental untuk membantu atlet menghadapi tekanan, kegagalan, tuntutan pertandingan dan pemulihan kecederaan.
Menilai kekuatan dan cabaran psikologi atlet yang mempengaruhi prestasi dalam latihan dan pertandingan.
Menjalankan penilaian dan analisis psikologi terhadap faktor mental dan emosi atlet bagi menyokong peningkatan prestasi.
Mengendalikan bengkel dan latihan kemahiran mental berkaitan fokus, motivasi, keyakinan dan daya tahan.
Menyokong atlet yang mengalami cabaran kesihatan mental dan memberikan bimbingan psikologi semasa pemulihan daripada kecederaan sukan.
Memantau kesejahteraan mental atlet dalam konteks sukan dan bukan sukan serta memberikan sokongan psikologi yang bersesuaian.
Bekerjasama dengan jurulatih dan kakitangan sokongan lain untuk menyelaraskan intervensi psikologi dengan matlamat prestasi.
Kemahiran
Asas
Empati dan kepekaan ketika bekerja dengan individu yang pelbagai.
Kebolehan menyelesaikan masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang termaklum.
Kemahiran komunikasi yang cemerlang,samaada lisan mahupun bertulis.
Mendengar secara aktif untuk memahami keperluan dan kebimbangan atlet.
Pengetahuan dalam psikologi prestasi, teknik pengkondisian mental, dan penilaian tingkah laku dalam konteks sukan.
Pengurusan masa yang berkesan dan kebolehan mengekalkan kerahsiaan.
Khusus
Kecekapan dalam analisis data dan penyelidikan berkaitan psikologi sukan.
Kemahiran dalam menggunakan analitik prestasi dan kesejahteraan untuk memantau perkembangan atlet.
Kemahiran dalam mentadbir dan mentafsir penilaian psikologi.
Kemahiran dalam teknik latihan mental, termasuk penetapan matlamat dan visualisasi.
Keupayaan memberikan kaunseling dan sokongan psikologi kepada atlet.
Keupayaan memberikan sokongan psikologi semasa situasi krisis yang menjejaskan atlet.
Pengetahuan dalam amalan psikologi berasaskan bukti dalam persekitaran sukan.
Pengetahuan dalam standard etika dan profesional dalam amalan psikologi sukan.
Pengetahuan dalam tuntutan psikologi atlet, latihan dan prestasi pertandingan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.