- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2825
Profesional Kerja Sosial dan Kaunseling
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2825
Bandingkan
Profesional Kerja Sosial dan Kaunseling
Profesional Kerja Sosial dan Kaunseling memberi nasihat dan bimbingan kepada individu, keluarga, kumpulan, komuniti dan organisasi sebagai tindakan kepada masalah sosial dan peribadi. Mereka membantu pelanggan untuk membangunkan kemahiran, sumber akses dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan untuk menangani isu-isu yang timbul daripada pengangguran, kemiskinan, kecacatan, ketagihan, tingkah laku jenayah dan delinkuensi, perkahwinan dan masalah-masalah lain.
Tugasan
Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien.
Membantu individu dan keluarga yang mempunyai masalah peribadi dan sosial.
Mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan keperluan pelanggan serta menasihati tentang hak dan tanggungjawab mereka.
Menganalisis keadaan pelanggan dan mengemukakan pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menyediakan dan menyusun rekod kes atau laporan untuk prosiding mahkamah dan undang-undang lain.
Memberi bimbingan kepada remaja yang mungkin bermasalah serta memulihkan mereka yang bermasalah dengan menganjurkan dan menyelia aktiviti sosial, pendidikan dan rekreasi dalam kelab remaja, di pusat komuniti dan pertubuhan yang seumpamanya.
Membantu orang cacat anggota atau akal mendapatkan rawatan yang cukup dan meningkatkan keupayaan mereka dalam masyarakat.
Merancang, mengurus atau menyediakan perkhidmatan bantuan sosial di rumah.
Mengawasi perkembangan pelanggan.
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.
Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar bagi program pemulihan di institusi dan komuniti, dan program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.