- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2824
Ahli Psikologi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2824-01
Bandingkan
Ahli Psikologi Klinikal
Ahli Psikologi Klinikal menilai, mendiagnosis dan merawat individu yang mengalami masalah psikologi, emosi atau tingkah laku. Mereka membangunkan dan melaksanakan pelan rawatan berasaskan bukti dan menyediakan psikoterapi untuk membantu klien menguruskan keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, trauma dan gangguan kesihatan mental yang lain. Kerja mereka merangkumi penilaian psikologi, intervensi terapeutik dan sokongan untuk individu, pasangan, keluarga atau kumpulan.
Tugasan
Menjalankan penilaian psikologi dan evaluasi diagnostik menggunakan ujian, temu bual dan pemerhatian.
Membangunkan dan melaksanakan pelan rawatan berasaskan bukti serta intervensi yang diperibadikan mengikut keperluan klien.
Memberikan terapi secara individu, berkumpulan atau keluarga untuk menangani kesukaran psikologi, emosi dan tingkah laku.
Bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan untuk menilai dan mengurus keadaan klien.
Menyelenggara rekod klien yang terperinci dan sulit mengikut piawaian profesional.
Menilai tahap risiko klien serta mempertimbangkan faktor psikologi dan sosial dalam intervensi klinikal.
Merujuk klien kepada pakar lain atau perkhidmatan sokongan apabila perlu.
Melaksanakan tugas pentadbiran untuk menyokong penyampaian perkhidmatan klinikal.
Kemahiran
Asas
Kecerdasan emosi untuk menguruskan hubungan terapeutik dan mengekalkan profesionalisme.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk terapi yang berkesan dan kerjasama profesional.
Mendengar secara empati untuk memahami dan menyokong keperluan emosi pelanggan.
Pemikiran kritis dan penyelesaikan masalah dalam membuat keputusan klinikal.
Penurusan masa dan pematuhan kepada piawaian etika dan sempadan profesional.
Khusus
Kecekapan dalam mentadbir dan mentafsir penilaian psikologi.
Kecekapan dalam pendekatan terapeutik, termasuk Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioural Therapy, CBT) dan Terapi Tingkah Laku Dialektik (Dialectical Behaviour Therapy, DBT).
Keupayaan untuk bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan bagi penjagaan bersepadu.
Keupayaan untuk melaksanakan intervensi krisis dan tindak balas kecemasan dalam persekitaran klinikal.
Keupayaan untuk memberikan penjagaan psikologi yang responsif kepada budaya bagi populasi yang pelbagai.
Keupayaan untuk membina hubungan terapeutik dan memberikan penjagaan berpusatkan klien.
Keupayaan untuk merumus diagnosis dan pelan rawatan berdasarkan dapatan penilaian klinikal.
Pengetahuan dalam piawaian etika dan kerahsiaan dalam amalan klinikal.
Pengetahuan dalam psikologi klinikal dan pendekatan rawatan berasaskan bukti.
Pengetahuan dalam undang-undang kesihatan mental dan prosedur dokumentasi klinikal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.