Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-11
Bandingkan
Pegawai Penyelidik Gred Q14
Pegawai Penyelidik Gred Q14 menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundingan, pembentangan, diagnostik (termasuk laporan teknikal, research highlights, policy brief).
Tugasan
Merancang, menjalankan dan mengetuai projek penyelidikan dan pembangunan dalam bioperubatan, kesihatan/teknologi nuklear.
Menyelaras pengurusan penyelidikan unit/bahagian/pusat termasuk peruntukan projek, laporan, kepimpinan dan tatatertib anggota.
Menyampaikan hasil penyelidikan melalui penerbitan saintifik, laporan teknikal, policy brief, research highlights, pembentangan dan buku.
Memberi khidmat runding, latihan, kepakaran, syarahan dan menyelia pegawai serta pelajar tempatan dan luar negara.
Menyelia dan mengurus kerja diagnostik rutin, khas dan wabak, serta memastikan pengurusan berkualiti dan standard ISO/ antarabangsa dipatuhi.
Memastikan pematuhan Biosafety, Biosecurity, etika penyelidikan dan garis panduan KKM dalam semua projek dan anggota di bawah kawalan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Khusus
Berkebolehan memberi latihan, khidmat nasihat serta memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
Berkebolehan menganalisa penyata kewangan dan laporan berkaitan.
Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara profesional, menulis laporan berkualiti, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja.
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal mengikut bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.