Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-08
Bandingkan
Pegawai Penyelidik Gred Q10
Pegawai Penyelidik Gred Q10 menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundingan, pembentangan, diagnostik (termasuk laporan teknikal, research highlights, policy brief).
Tugasan
Menjalankan dan/atau mengetuai projek penyelidikan dan pembangunan di makmal dan lapangan.
Menaik taraf, mengurus dan menyelia alatan, peralatan analisis serta pembelian bahan dan pakai habis.
Menjalankan, menguruskan dan menyelia kerja-kerja diagnostik rutin, khas dan wabak.
Memberi khidmat rundingan dan interpretasi ujian biokimia genetik.
Menyampaikan hasil penyelidikan melalui penerbitan, laporan dan pembentangan.
Mengurus pendaftaran, kelulusan etika, geran serta memantau kemajuan projek.
Menyelaras latihan dan membina insan intelektual melalui penyeliaan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Khusus
Berkebolehan memberi latihan, khidmat nasihat serta memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
Berkebolehan menganalisa penyata kewangan dan laporan berkaitan.
Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara profesional, menulis laporan berkualiti, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja.
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal mengikut bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.