Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2425-04
Bandingkan
Eksekutif Pemantauan dan Penilaian mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus sistem pemantauan dan penilaian untuk projek, program, dasar atau strategi. Mereka menyelia pengumpulan data, menganalisis prestasi dan menyediakan laporan untuk menilai hasil dan memaklumkan proses membuat keputusan, bagi memastikan penambahbaikan dan akauntabiliti yang berterusan.
Tugasan
Mereka bentuk, melaksanakan, dan mengurus rangka kerja serta pelan pemantauan dan penilaian bagi projek, program, dasar, atau strategi.
Membangunkan petunjuk prestasi utama dan ukuran prestasi lain untuk memantau hasil program dan projek.
Menyelia pengumpulan, pengurusan, dan analisis data daripada pelbagai sumber untuk menilai prestasi dan hasil.
Menyediakan laporan penilaian, prestasi, dan organisasi bagi menyokong akauntabiliti dan proses membuat keputusan.
Menjalankan penilaian hasil dan impak bagi program serta inisiatif.
Memberikan dapatan berasaskan bukti dan syor untuk menambah baik reka bentuk serta pelaksanaan projek dan program.
Menjalankan penyelidikan dan menyelenggara pangkalan data program serta prestasi bagi tujuan pemantauan dan penilaian.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir analitikal dan kritis yang kuat.
Kemahiran mengurus masa dan menyelaras tugas.
Komunikasi yang berkesanserta penulisan laporan yang baik.
Perhatian terhadap butiran serta ketepatan.
Khusus
Kemahiran dalam kaedah dan alat pengumpulan data bagi tujuan pemantauan dan penilaian.
Keupayaan menganalisis dan mentafsir data kuantitatif dan kualitatif untuk penilaian serta membuat keputusan.
Keupayaan menyediakan laporan penilaian, prestasi, dan program.
Kompetensi dalam membangunkan dan menjejak petunjuk prestasi utama dan rangka kerja logik.
Kompetensi dalam menilai hasil serta impak projek dan program untuk menyokong penambahbaikan strategik.
Kompetensi dalam mereka bentuk dan melaksanakan rangka kerja pemantauan dan penilaian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.