- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
242
Profesional Pentadbiran
Kumpulan Unit
2425
Profesional Pentadbiran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2425-02
Bandingkan
Pendaftar Kolej/Universiti menyelia dan mengurus pentadbiran rekod akademik pelajar, kemasukan, peperiksaan dan tadbir urus akademik. Peranan ini menyelaras pendaftaran, penjadualan kelas, proses peperiksaan dan aktiviti graduasi, memastikan pematuhan dengan dasar institusi dan keperluan kawal selia sambil menyokong misi akademik keseluruhan institusi.
Tugasan
Mengurus proses kemasukan, enrolmen dan pendaftaran pelajar.
Menyelenggara rekod akademik yang tepat, selamat dan terkini.
Merancang jadual kursus dan menyelaras proses peperiksaan.
Mengurus majlis graduasi dan konvokesyen.
Bekerjasama dengan fakulti, pentadbir dan kakitangan sokongan untuk menambah baik perkhidmatan akademik dan pentadbiran pelajar.
Menyokong jawatankuasa akademik dengan mengurus dokumentasi dan rekod rasmi.
Memimpin pasukan pejabat pendaftar dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan teknologi pentadbiran akademik.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam Microsoft Office dan keupayaan menegendalikan maklumat sulit dengan penuh berhemah.
Kemahiran komunikasi lisan dan tulisan yang berkesan.
Keupayaan organisasi dan pengurusan masa yang kukuh.
Pendengaran aktif serta penyelarasan dengan pihak berkepentingan.
Perhatian terhadap perincian dan ketepatan.
Khusus
Kecekapan dalam sistem maklumat pelajar dan pengurusan rekod akademik.
Keupayaan untuk menjana, menganalisis dan mentafsir laporan data akademik dan pentadbiran.
Kompetensi dalam pentadbiran akademik dan operasi rekod pelajar.
Pengetahuan dalam dasar, prosedur dan keperluan tadbir urus akademik.
Pengetahuan dalam peraturan akademik dan akreditasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.