Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2424-01
Bandingkan
Pegawai Latihan Kakitangan merancang, membangun dan menyampaikan program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja selaras dengan matlamat organisasi. Mereka menilai keperluan latihan, mereka bentuk kandungan pengajaran atau bahan pembelajaran yang disesuaikan, memudahkan sesi dalam pelbagai format dan menilai hasil untuk memastikan keberkesanan latihan dan menyokong pembangunan tenaga kerja keseluruhan dan peningkatan prestasi.
Tugasan
Mengenal pasti keperluan latihan melalui penilaian, kaji selidik, temu bual dan maklum balas untuk menentukan jurang kemahiran dan keutamaan pembangunan.
Menetapkan objektif latihan yang selaras dengan matlamat organisasi, serta menilai hasil pembelajaran dan keberkesanan latihan.
Membangun dan mengemas kini program latihan, kandungan pengajaran, manual, bahan visual dan bahan dalam talian.
Mereka bentuk, menjadualkan dan menyampaikan sesi latihan, bengkel dan demonstrasi secara bersemuka dan maya untuk individu dan kumpulan, serta memastikan penglibatan dan kefahaman peserta.
Bekerjasama dengan ketua jabatan dan pakar bidang untuk memastikan ketepatan kandungan dan keselarasan dengan keperluan organisasi.
Menilai maklum balas peserta dan hasil prestasi, serta melaksanakan penambahbaikan terhadap program latihan.
Mengekalkan rekod yang tepat mengenai aktiviti latihan, kemajuan peserta dan hasil program.
Mengikuti perkembangan trend, alat dan amalan terbaik dalam latihan kakitangan dan pembangunan tenaga kerja.
Kemahiran
Asas
Kebolehan organisasi dan pengurusan masa yang baik untuk merancang serta mengendalikan aktiviti latihan.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah bagi menyokong hasil pembelajaran yang berkesan.
Kemahiran interpersonal yang mantap untuk menarik minat,bekerjasama dan memberi motivasi kepada pelatih.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan,termasuk mendengar secara aktif dan pembentangan.
Mahir dalam aplikasi Microsoft Office dan mempunyai pengetahuan asas tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan modul latihan berasaskan kompetensi dan vokasional.
Kecekapan dalam mengintegrasikan kandungan multimedia dan digital ke dalam bahan latihan.
Kecekapan dalam merancang dan mengurus bajet serta sumber latihan.
Kemahiran dalam pengurusan projek dan pelaporan latihan.
Keupayaan untuk menilai keberkesanan latihan dan menganalisis data prestasi peserta.
Keupayaan untuk menyesuaikan kandungan latihan mengikut keperluan peserta, maklum balas dan keperluan organisasi.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran dewasa untuk pembangunan program latihan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.