Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2424-03
Bandingkan
Pakar Penambahbaikan Berterusan memacu dan memudahkan inisiatif untuk meningkatkan prestasi organisasi dengan menganalisis aliran kerja, mengenal pasti ketidakcekapan dan melaksanakan penyelesaian. Mereka menggunakan metodologi untuk mengoptimumkan proses, memimpin projek rentas fungsi, melatih pasukan dan menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan yang sejajar dengan matlamat perniagaan.
Tugasan
Memudah cara pembangunan dan pelaksanaan strategi penambahbaikan berterusan merentas jabatan.
Bekerjasama dengan pasukan untuk mengenal pasti ketidakcekapan, jurang prestasi dan peluang penambahbaikan proses.
Membangunkan dan menyampaikan bahan latihan serta bimbingan untuk membina keupayaan penambahbaikan berterusan dalam kalangan pekerja.
Menetapkan penanda aras, menjejak penambahbaikan prestasi dan menganalisis data untuk menilai kemajuan.
Menyediakan laporan dan kemas kini mengenai inisiatif penambahbaikan berterusan untuk pihak pengurusan.
Memberikan bimbingan dan panduan kepada pasukan untuk menggalakkan kecemerlangan operasi, akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan.
Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan dan kecekapan proses yang sejajar dengan matlamat organisasi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam Microsoft Word,Excel dan PowerPoint.
Kemahiran komunikasi dan Interpersonal yang kukuh.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi.
Keupayaan mendengar secara aktif serta kemahiran bertutur.
Pemikiran analitikal dan penyelesaian masalah.
Khusus
Kecekapan dalam alat analisis statistik dan data untuk membuat keputusan penambahbaikan proses.
Kecekapan dalam alat penambahbaikan berterusan.
Kecekapan dalam alat visualisasi data untuk pelaporan dan pemantauan prestasi.
Kecekapan dalam pemetaan proses dan aliran nilai.
Kecekapan dalam prinsip 5S dan pengorganisasian tempat kerja.
Keupayaan untuk membangunkan keupayaan pasukan melalui latihan dan bimbingan penambahbaikan berterusan.
Keupayaan untuk memimpin dan mengurus projek penambahbaikan proses.
Pengetahuan dalam sistem pengurusan kualiti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.