Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2174-04
Bandingkan
Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A9 bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar.
Tugasan
Melaksanakan tugas-tugas dalam menyediakan dan memastikan penyediaan keperluan sistem dan peralatan komunikasi di ruang udara Malaysia bagi memberikan perkhidmatan trafik udara yang memuaskan.
Mengenal pasti dan memastikan penyediaan keperluankeperluan untuk perkhidmatan trafik udara seperti sistem surveillance dan sistem kawalan trafik udara.
Merancang serta mengkoordinasikan kursus-kursus ATC dan NON-ATC bagi PKTU/ PPKTU dan Pembantu KTU.
Membuat penilaian terhadap perancangan sesuatu projek dan penyediaan dokumen kontrak.
Bertanggungjawab menguruskan ruang udara Malaysia termasuk perancangan jalan udara, klasifikasi dan pembahagian ruang udara untuk latihan tentera udara dan pertunjukan udara.
Melaksanakan perkhidmatan kawalan trafik udara di dalam sektor Pusat Kawalan Trafik Udara dengan memberi kebenaran, arahan, nasihat serta maklumat kepada pesawat-pesawat yang akan melakukan penerbangan atau sedang melakukan penerbangan dengan tujuan mengelakkan pelanggaran serta mengurangkan kelewatan pesawat-pesawat.
Memberikan kebenaran ATC Clearance dan SIDs kepada pesawat-pesawat yang ingin berlepas.
Memastikan semua peralatan ATC di bawah kawalannya seperti Data Prosessing Surveillance Display (DPSD), Flight Data Processing System (FDPS), Voice Switching Communication System (VSCS) dan Airfield Ground Lighting (AGL) berada dalam keadaan yang baik setiap masa.
Menyelia perlaksanaan perkhidmatan Aerodrome dan Surface Movement Control pada keseluruhan pesawatpesawat yang keluar masuk ke lapangan terbang berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Mengajar kursus-kursus yang ditawarkan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia seperti Kursus Asas ATC, Kursus Aerodrome, Kursus Procedural ATC, Kursus Surveillance ATC, Kursus Search and Rescue (SAR), dan kursus-kursus Non-ATC.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Berkebolehan memberikan arahan dengan jelas dan tegas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.